Bekam Hijamah



Bekam Hijamah



Rawatan holistik ini adalah rawatan sunnah yang dianjurkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. Terdapat beberapa hadis sahih berkenaan kebaikan amalan berbebekam:

  • "Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku di-Isra'kan, melainkan mereka (para malaikat) semua mengatakan kepadaku: "Hai Muhammad, Engkau harus berbekam." (HR.Tirmidzi)

  • Dari  Abdullah bin Mas'ud r.a berkata: 
    "Rasulullah saw pernah menyampaikan sebuah hadits tentang malam dimana beliau saw di-Isra'kan bahwa beliau tidak melewati sejumlah malaikat melainkan mereka semua menyuruh beliau saw dengan mengatakan, "perintahkanlah umatmu untuk berbekam."
  • Dari Abu Ubaid  melalui sanad Abdurrahman bin Abi Laila berkata: "Rasulullah saw melakukan bekam pada kepalanya (ummu mughits) dengan tanduk  ketika disihir orang."
  • Said bin Jubir  berkata dari Ibn Abbas r.a bahwa Rasulullah saw bersabda: "Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara: pertama dengan meminum madu (dengan obat herbal), kedua dengan berbekam/hijamah, dan ketiga dengan (terapi) besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku untuk melakukan pengobatan dengan besi panas." (HR. Bukhari)

Maka dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa, amalan berbekam ini adalah sangat memberi manfaat pada kesihatan fizikal, mahupun mental seseorang.



Antara kelebihan berbekam :

  • Melancarkan pengaliran darah
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mengawal kandungan gula dalam darah
  • Membantu tidur lena
  • Menguatkan ingatan
  • Membuang toksik

Tiada apa yang perlu dirisaukan untuk berbekam. prosesnya tidak menyakitkan, malah kesannya boleh menyegarkan badan.

Carilah juru bekam yang berkelayakan. Pastikan merekan mereka menggunakan alatan yang disteril untuk membasmi segala kuman. InsyaAllah.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment