PENGASAS

            

            Pusat Rawatan Klinik Holistik (PG0316208-A) diasaskan oleh Ahmad Munir B. Abdul Manaf. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Menyambung pengajian Master of Business Admisnistration di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dan kini berkhidmat secara sepenuh masa dalam bidang perubatan Islam di Pusat Rawatan Klinik Holistik. Dari segi perubatan Islam, beliau mempunyai kelulusan Peringkat Tinggi dalam bidang metafizik dan rawatan dari Mindgym Development and Training Centre.



           Dilahirkan di Pulau Pinang. Ahmad Munir mempunyai pengalaman hampir 5 tahun dalam memberi rawatan alternatif bagi pelbagai jenis penyakit. Beliau berharap dengan penubuhan Pusat Rawatan Klinik Holistik ini, bukan sahaja dapat membantu pesakit-pesakit malah dapat memberi bakti kepada pelbagai lapisan golongan masyarakat tidak mengira agama, bangsa mahupun budaya dengan kos rawatan yang amat berpatutan.

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment