Soalan : Ustaz, kalau suami saya tiada di rumah, dan sy jemput kawan2 atau saudara mara datang ke rumah, boleh x?
Jawapan : Kau rasa? #eh. OK...Serious. Sepeninggalan suami, adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk menjaga rumah dan segala harta benda suami termasuk zuriat. Jadi tidak boleh sewenangnya kita menjemput sesiapa masuk ke rumah tanpa izin suami....
Pernah dengar cerita Fatimah r.a yang melawat seorang perempuan yang dikhabarkan oleh Rasulullah akan memasuki syurga sebelum Fatimah r.a?
Ketika Fatimah melawat wanita tersebut untuk mengetahui, apakah amalan yg dilakukan oleh wanita tersebut sehingga dia diberi penghormatan untuk masuk ke syurga sebelum dirinya, Fatimah pergi seorang diri. Dia memperkenalkan dirinya, dgn hajat untuk berkenalan namun tidak dipelawa masuk oleh wanita tersebut kerana tiada izin dari suaminya....dan meminta supaya dtg pada esok hari.
Fatimah r.a pulang dan kembali semula esok hari, tapi kali ini bersama seorang anaknya Hasan. Fatimah masih tidak dpt masuk ke rumah wanita tersebut kerana suaminya hanya memberi keizinan untuk Fatimah seorang sahaja untuk masuk ke dalam rumah. Dan wanita itu menyuruh untuk Fatimah dtg esok hari.
Hari yang berikutnya, Fatimah ke rumah wanita itu dengan membawa kedua2 anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perkara yang sama jugak berlaku. Suami wanita tersebut hanya memberi keizinan untuk Fatimah dan Hasan sahaja untuk masuk ke rumah. Wanita itu meminta supaya Fatimah dtg semula esok hari selepas dia mendapatkan keizinan dari suaminya untuk Husin pula.
Sebenarnya cerita ni panjang lagi. Tapi cukuplah setakat ini. Point sy adalah, Isteri yang amanah dan baik, adalah yg menjaga kehormatan diri, dan amanah dari suaminya. Tambahan pula sekarang ni teknologi dah canggih. Apalah salah dan susahnya untuk mengangkat telefon dan meminta izin dari suami.
Suami pun akan rasa terharu dan berterima kasih kalau dpt isteri yg mcm ni. Confirm tak cari lain. :D InsyaAllah.
untuk mendapatkan rawatan kaedah syifa' lawati :
https://www.facebook.com/HolisticClinic2U
https://www.facebook.com/ahmadmunir85
http://myholisticclinic.blogspot.com/
Harrah's Cherokee Casino & Hotel - MapYRO
ReplyDeleteCompare reviews and find the best 남원 출장안마 deal for the Harrah's Cherokee Casino & 양산 출장마사지 Hotel (North Carolina) in Murphy, NC. 문경 출장안마 Mapyro features 안성 출장샵 bus lines, 광주 출장샵