Mengapa Kristian Lebih Ke Depan Berbanding Islam, Di Malaysia?
Islam adalah sebuah agama yang sudah dijanjikan kemenangan oleh Allah S.W.T. Tapi ada di antara kita yang lebih cenderung untuk melihat keindahan yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh mereka, berbanding dengan sumbangan yang telah diberikan oleh orang-orang Islam.
Saya tertarik dengan petikan kata-kata salah seorang saudara kita ini. Menurut beliau:
Saya x nafikan apa yg saudara kita ni tulis ada kebenarannya. And I am forever thankful atas sedikit pandangan yg bernas dari beliau...
Tapi, sy tertarik dengan dua baris ayat terkahir beliau:
Jangan berlagak
Jangan sombong
Jangan sombong
Suka sy mengingatkan saudara Muhd Rosdi Ismail, bahawasanya Rasulullah pun menjampi dan berbekam (rawatan islam) ketika baginda terkena sihir...
Sihir adalah satu benda yg wujud. Dan tiada perubatan moden yang dpt mengubati sihir kecuali ayat2 suci Al-Quran.
Jangan sombong dan jangan berlagak andai Allah telah memelihara saudara dari perbuatan sihir... (Alhamdulillah). Andaikata ditakdirkan satu hari terkena perbuatan sihir ini, kepada siapa saudara nak mengubat agaknya?
Pernahkah saudara bertanya, kenapa perawat2 islam wujud in the 1st place? Ini kerana orang2 Melayu Islam di Malaysia lebih gemar untuk mengamalkan sihir dan memperhambakan diri pada syaitan (saka) untuk mendapatkan apa yg mereka mahu. Itu belum lagi yang melalukan khianat dalam usaha untuk menjatuhkan orang Islam yg lain dalam perniagaan.
Secara tidak langsung...ini memberi gambaran jelas bahawa Islam bukanlah tidak mampu untuk maju dengan adanya 'bomoh' dan perawat2 Islam ini. Tapi sikap orang Islam tu sendiri yang hanya mementingkan harta dunia dan melupakan akhirat sehingga sanggup menyakiti sesama org Islam.
Tak kira lah sama org tu ustaz biasa....atau yang bekerja di jabatan agama....atau orang islam kebanyakkan, semua ada peranan masing2 dlm menaikkan martabat dan imej islam.
bagi saya, masalah Imej Islam yang rosak adalah kerana perception non-muslim terhadap org Islam di Malaysia tu sendiri. Bergaduh sesama islam...memaki hamun di facebook. Sesama Islam pun dah bertelagah, agak2 boleh ker nak tarbiah non-muslim? grin emoticon
artis2 beragama islam...bangga berposing seksi and again peminat akan memaki hamun. Hiburan2 lagha yang bersepah di media2....yg melalaikan umat islam dari mengingati Allah.
Anak2 muda Islam yang lebih gemar menjadi rempit dan berpeleseran bersama perempuan2 non-muhrim...berpelukan...berzina...dan membuang bayi merata2.
itu antara secubit bahagian persepsi yg kita sendiri beri pada non-muslim di negara ini. Jika saya adalah non-muslim....saya kan lebih jijik dengan perkara2 yg sy sebutkan di atas.....berbanding dengan air zamzam yang sy terpaksa beli, dan perawat2 islam...yg menjadikan itu sebagai kerjaya HALAL mereka.
0 comments:
Post a Comment