Bila Kena Renew Lesen Taubat?
Pernah dengar ungkapan barat "Life begins at 40"?
Islam menyatakan umur 40 adalah umur kemuncak kepada keislaman seseorang muslim itu.
Di Dalam Surah Al-Ahqaf ayat ke 15, ada menyebut tentang umur 40 ini :Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang shaleh yang engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Dari ayat ini, dapat difahami bahawa pada usia 40, manusia telah pun mencapai kemuncak hidup dari segi spriritual, emosi, fizikal dan intelektualnya. Sepatutnya seseorang itu telah meninggalkan zaman mudanya dan melangkah ke alam dewasa yang sebenar. Dalam erti kata lain telah MATANG sepenuhnya.
Di dalam surah Al-Fathir ayat 37, Allah berfirman :
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan?
Yang dimaksudkan 'Umur dalam tempoh yang cukup untuk berfikir' adalah pada ketika usia 40 tahun.
Ayat ini juga, memberi petunjuk di mana, apabila menjangkau 40 hendaklah diperbaharui taubat dan iman, dan kembali kepada Allah dalam keadaan yang lebih bersungguh sungguh.
Nabi Muhammad S.A.W sendiri, diangkat menjadi nabi pada usia 40 tahun (Riwayat Al-Bukhari) dan begitu juga dengan nabi-nabi yang lain. Kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as. Ini sekali lagi mengajar kita bahawa, kematangan telah di tahap paling maksimum pada umur 40 tahun dan sesuai untuk dipilih sebagai pemimpin.

Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Al - Alusi , pengarang kitab tafsir Ruh al - Ma'ani berkata "Apabila mencapai umur 40, tetapi seseorang itu masih lagi mempunyai sesuatu tabiat (samada baik atau buruk), maka tidaklah dapat dibuang lagi"
Berapa umur anda sekarang? masihkah awal? atau sudahkah terlepas?

0 comments:
Post a Comment