EPISOD : Janji Siapa Yang Kau Lebih Pegang?
Nabi Sulaiman a.s, pada suatu hari bertanya pada seekor semut "berapa jumlah makanan yg engkau perlukan selama setahun?"
"sebesar butir gandum" jawab semut.
Maka Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut itu ke dalam botol dan sebiji gula sebesar gandum (diberi juga lubang untuk udara)
Genap setahun Nabi Sulaiman a.s mendapati semut itu hanya makan separuh sahaja dari gula yang diberikan.
Maka apabila ditanya mengapa semut hanya makan separuh sahaja dari gula tersebut, walhal sebelumnya semut berkata ia memerlukan sebesar gandum, maka semut pun menjawab:
"jika aku di luar botol, aku yakin dengan rezeki yg telah dijanjikan oleh Allah yang pasti cukup untuk aku. Sedangkan sekarang aku terkurung dan tidak yakin akan keprihatinan manusia untuk memberiku makan. Mungkin mereka akan terlupa, lantas apa yang akan terjadi pada aku?"
Seekor semut, lebih yakin janji Allah berbanding janji manusia. Manakali kita manusia, ramai yg yakin dan bergantung kepada manusia, berbanding dgn janji dari Allah.
0 comments:
Post a Comment